Pages

Monday, 26 March 2012

4.1 MALAYAN UNION

# Merupakan sebuah usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman kesultanan Melayu Melaka .

4.1.1 Sebab - Sebab Pengenalan Malayan Union



4.1.2 Ciri - Ciri Perjanjian Malayan Union 1946


  • Terdiri daripada semua negeri Melayu dan dua buah negeri Selat.
  • Diketuai oleh seorang gabenor.
  • Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan.
  • Kerakyatan mudah berdasarkan prinsip jus soli.
  • Orang luar boleh memohon kerakyatan Malayan Union.
  • Raja-raja Melayu diletakkan di bawah Majlis Raja-raja Melayu.
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri.



4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union


1 . Kebanyakan orang Melayu menunjukkan pelbagai reaksi untuk menentang Malayan Union.


    Kebanyakan orang Melayu menentang Malayan Union disebabkan beberapa faktor 

  • Raja-raja kehilangan kuasa
  • Pemberi kerakyatan yang liberal kepada imigran
  • Kebimbangan hilangnya warisan tamadun Melayu


2 . Orang dagangan dan golongan radikal menyokong Malayan Union. Golongan ini menyokong kerana :

  • Berpendapat dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
  • Bersetuju dasar sama rata yang akan menghapuskan hak perlindungan orang Melayu
  • menyokong kerakyatan Malayan Union kerana masing-masing boleh mengekalkan kerakyatan
  • mempercayai janji British yang akan memberi kemerdekaan


4.1.4 Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

Cara Penentangan Terhadap Malayan Union

  • Bantahan yang berterusan di akhbar-akhbar Melayu ; Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
  • Demonstrasi secara aman di Kota Bharu, Kelantan dan di Alor Setar, Kedah.
  • Menghidupkan persatuan-persatuan Melayu ; hantar telegram & surat ke Pejabat Tanah Jajahan.
  • Dato' Onn Ja'afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (UMO)
  • Kongres Melayu 1946 diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman.
  • Kongres Melayu II diadakan pada 30 - 31 mac 1946 ; membantah pengisytiharan Malayan Union
  • Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar.
  • Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 24 april 1946 ----> menyatakan bantahan.