Pages

Monday, 26 March 2012

4.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

# Dibentuk pada 1 Februaryi 1948  menggantikan  Perjanjian Malayan Union 1948.
#Perjanjian dibuat hasil desakan orang Melayu.
#Perjanjian menunjukkan kejayaan orang tempatan menentang penjajah British.

4.2.1 Faktor-Faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

  • Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union. (Dato' Onn Ja'afar tokoh utama yg memimpin)
  • Perpaduan orang Melayu ; Raja dan rakyat bersatu padu
  • Pujukan dan desakan dari orang Melayu terhadap British
  • Sokongan daripada pegawai-pegawai tinggi British ; Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent , L.D Gammans
  • Sokongan daripada bekas pegawai British
  • Sikap politik orang Melayu yang sederhana
  • Gesaan Piagam Atlantik 1945 menggesa negeri-negeri yang dijajah perlu diberi peluang berkerajaan sendiri di bawah konsep dekolonisasi

4.2.2 Langkah-Langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

  1. British menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif ( dianggotai 12 orang ahli)
  2. Mewujudkan majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action
  3. Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah , politik, demonstrasi dan mogok
  4. Mencadangkan sebuah perlembagaan iaitu perlembagaan Rakyat

ANTARA TINDAKAN MENENTANG BRITISH DAN UMNO

-Mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok.
-Mencadangkan sebuah perlembagaan iaitu Perlembagaan Rakyat.

4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

# Ditandatangani pada 21 januari 1948
# Antara Raja-raja Melayu dengan British di King House, Kuala Lumpur.

* Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ;
-Gabungan sebelas buah negeri.
-Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
-Konsep Raja Berpelembagaan.
-Senarai persekutuan dan senarai Negeri dibentuk.

# Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan perkara-perkara berikut ;

-Syarat kerakyatan diperketat. Prinsip kerakyatan Jus Soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu (bagi        Negeri-Negeri Melayu) dan Rakyat British (bagi Negeri-Negeri Selat ; Melaka & Pulau Pinang) 
-British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
-Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran.
-Setiap negeri mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British.
-Perlembagaan ini dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.


4.2.4 Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu 

  • SEMBILAN orang Raja-raja Melayu yang terlibat.
  • Antara sultan yang bersuara tegas ialah Sultan Badlishah(Kedah),
    Sultan Abdul Aziz(Perak),dan Sultan Ibrahim(Johor)
  • Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan sebelum tahun 1941.
  • Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi mereka menuntut perlindungan kepada orang melayu,dan hal ehwal keturunan melayu terpelihara.
  • Rakyat telah diwakili oleh para pembesar yang bertindak sebagai penasihat kepada Raja masing-masing.
  • Sebahagian mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukung idea Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Kerjasama mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik,pertadbiran ,agama islam dan bahasa melayu dan pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam perjanjian tersebut.
  • Antara tokoh tersebut ialah Dato' Onn Ja'afar dan Dato' Nik Ahmed Kamil.